Rindu seorang adik ..
Assalammualaikum ..
lama sudah rasanya zana tak update entry baru kan? maaf menyepi. mesti rindu kan nak baca luahan hati dan perasaan zana? haha. perasan sungguh zana ni kan. hehe. btw, mungkin entry kali ni agak touching and bermain dengan emosi sedikit. mungkin bermain air mata juga bagi yang menghayati setiap butir perkataan yang tertera .. *crying*
Muhammad Faiz Bin Ramlan seorang abang yang dianggap macam abang kandung zana sendiri telah kembali menghadap ilahi pada hari Jumaat, 31 Desember 2010. setelah kekurangan kasih sayang dari 2 abang kandung *sebab telah berumah tangga and berkeluarga* zana kehilangan abang angkat yang telah banyak bagi semangat dekat zana. hanya dengan 2 tahun perkenalan kami.. tapi masa kami banyak terluang bersama. di sekolah, dia lah pembimbing, dia lah body guard, dia lah cikgu bagi zana. apa yang salah, di perbetulkan. apa yang kurang, di lebihkan. semuanya lengkap dengan dia. semuanya sempurna bila dengan dia. jarak umur kami cuma 3 tahun. if he still alive now, he will be 21st years old guy.
abang.. adik rindu abang. adik rindu nak dengan bebelan abang bila adik lambatkan solat. adik rindu nak dengar abang ketawa bila adik buat something yang weird. adik rindu nak celebrate birthday dengan abang. ya ! ingat lagi tak masa adik form 2, abang buat surprised dekat sekolah? abang bagi kek dekat classmates adik suruh diorang bagi dekat adik. dekat kek tu ada tulis 'Selamat Hari Jadi Noorsyahzanazira' . pelik ! abang tak pernah tahu pon ejaan nama adik yang sebetul betulnya kan? then mana abang tahu? haa ingat lagi abang follow adik balik sekolah?? abang sanggup bawak motor seslow yang mungkin sebab nak teman adik and pastikan adik sampai rumah dengan selamat. time tu adik balik sekolah jalan kaki sebab parents takda yang jemput. kelakar sangat time tu ! abang bawak motor macam orang mabuk sebab perlahan sangat then nak balance kan badan punya pasal sampai kena marah dengan orang lain yang bawak kereta. haha. and abang ingat lagi tak adik kata adik nak pinjam novel fav abang.. then abang sanggup hantar novel tu kat rumah adik padahal time tu abang baru sampai rumah abang lepas balik sekolah. kan? abang comel time tu dengan tak tukar baju sekolah lagi. haha. yang satu satunya moment adik takkan pernah lupa seumur hidup adik, kali terakhir abang call adik. malam 28 Desember 2010. adik ingat lagi bang setiap perkataan yang abang cakap dengan adik malam tu. sebelum tu kita ada salah faham kan? kita lama sangat tak contact. tiba2 abang call adik malam tu pakai no rumah nenek abang sebab abang dekat kampung abang time tu.
abang minta maaf dengan adik seolah olah abang dah tahu abang akan tinggalkan adik dan semua orang. abang cakap pasal mati ! then adik termarah abang sebab adik tak suka orang cakap pasal mati... :'( abang buat tak endah je dengan marah adik tu. abang cakap "tak salah kan kita ingat mati" ya memang tak salah.. hmm :'( abang cakap dengan adik abang takut tak dapat contact adik lagi. Ya Allah.. abang kenapa cakap bukan2 malam tu !!! adik benci sangat dengar ayat abang yang sedih2 malam tu.. abang tahu kan adik sayang abang.. adik ada abang ja untuk tempat luah segalanya :'( abang pelik sangat malam tu. soalan yang sama di tanya banyak kali. abang kata abang lupa. then abang kena letak call sebab nenek abang panggil. abang kata abang nak call adik balik.. tapi takde ponnn !!!
lebih kurang pukul 9 malam 31 Desember 2010, zana dapat text dari classmate zana
"al-fatihah buat Muhammad Faiz bin Ramlan yang telah meninggal dunia kerana kemalangan di Ayer Hitam"
Ya Allah .. rasa nak gugur jantung bila dapat text macam tu. tapi zana buat bodoh ja. zana fikir tu semua just gurauan and tak betul pon. zana gelak2 lagi time tu. serious ! zana langsung tak percaya ! tak lama lepas dapat text tu, classmates zana yang lain call, dia bagi tahu benda yang sama. dia kata lepas dia dapat tahu dia terus teringat dekat zana sebab dia tahu zana memang rapat dengan abang faiz. dia suruh zana tenang kan fikiran, and dia kata "if kau nak menangis, kau menangis puas2. aku faham zana" Ya Allah .. terduduk zana masa tu. Allah ja yang tahu betapa hancurnya hati zana bila dapat bad news tu. semua orang zana call. semua orang zana tanya betul ke semua tu. and ramai yang kata "YA. BETUL ZANA." Ya Allah .. :'(
4 tahun berlalu.. abang, adik doakan abang tenang di sisi Yang Maha Esa. syurga milikmu abang. inshaaAllah. dulu, saat adik jatuh, adik rebah, adik menangis.. abang selalu ada bagi semangat, pimpin adik untuk bangun dan kembali tabah. sekarang.. adik hilang satu punca kekuatan adik. adik hilang satu tempat indah untuk meluahkan perasaan. adik hilang satu punca kebahagiaan adik. adik terlalu rindukan abang.. abang yang selalu senyum.. kaki novel.. pelindung adik.. adik mampu sedekahkan al-fatihah dan doa ja untuk abang sekarang bila adik teringat dan rindu kan abang. abang tunggu adik dekat sana ya. suatu hari nanti adik mesti ikut abang. abang tunggu adik tau ! nanti kita boleh baca novel sama sama ! tak sabarnyaaaa :'D
di bawah batu nisan kini
kau telah sandarkan
kasih sayang kamu
begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
ini terjadi
kerna ku sangat cinta
ini lah saat terkahirku
melihat kamu
jatuh air mata ku
menangis pilu
hanya mampu ucapkan
selamat jalan abang..
semoga kau peroleh ketenangan dan syurga menanti mu di sana abang.. tunggu adik. adik pasti datang..
terima kasih kepada yang sudi baca entry kali ini. bukan ciptaan tapi hakikat yang terjadi dalam hidup zana. kematian tu satu kepastian. kita hanya mampu siapkan diri kita untuk menghadapi saat tersebut. cita cita zana ialah zana mati pada hari Jumaat dan ketika bersujud di dalam solat. inshaaAllah. aminnn :') tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abang zana. terima kasih :')
bye. assalammualaikum

Salam dik, abg ni abg arwah faiz.. Adik ada gambar² arwah x? nanti contact abg kt fb @ ig boleh? Cari je Fuad Ramlan... abg ada di sana...
ReplyDelete