PELUANG..
Dikhianati, dilaknati, dipersiakan atau apa-apa lagi yang membuatkan peluang kedua adalah sesuatu yang mustahil walaupun ada sesetengah orang mampu memberikan sehingga peluang yang ke seratus dua puluh tiga.
Cinta. Again. Kasih sayang sesama manusia. Itu semua khayalan belaka yang tidak memberi apa-apa makna sehingga lah muncul seseorang yang memberikan erti peribadi kepada kita. Setiap orang merasakan perasaan yang berbeza walaupun mengakui dilamun rasa bahagia cinta. Ya, bahagia itu tidak boleh disukat, ditimbang apatah lagi dicipta.
Kadang-kadang seringan atau seberat mana pun sesuatu kesalahan, seseorang tu harus diberikan peluang kedua agar dia dapat memperbaiki kesilapan kali pertama yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja ataupun mempunyai unsur luar dan diri sendiri yang belum matang dalam membuat keputusan. Tidak semestinya kita terus menghukum mereka dengan hukuman yang menyakitkan. Mungkin wajar jika kita memberikan peluang seterusnya supaya hubungan yang retak itu diberi nyawa. Dalam jawa "fix the relay" gituuu.
Bagaimana jika kesalahan yang sama terus berulang? Adakah wujud peluang ketiga dan seterusnya? Peluang entah kali ke berapa juga boleh diberikan kerana kita lebih mengenali situasi yang dihadapi dalam hidup sendiri. Seringkali kita terdampar sendiri memikirkan haluan selepas ini. Keputusan kita terbatas dengan ego yang tinggi. Mohon mereput dengan ego if tak mampu nak rendahkan ego yang tinggi melangit tu. Because, ego will ruin everything dear and will make you lost someone that really love you.
Kesilapan dalam perhubungan kadang-kala berlaku akibat perselisihan atau ketidak-seimbangan perasaan. Ia sesuatu yang kita sendiri tidak dapat menghalang dari berlakunya. Its normal babe. Tidak kira jika ia adalah cinta atau sekadar sebuah persahabatan, tak mungkin semuanya berlaku seperti yang diharapkan.
Hope is the most exciting thing in life and if you honestly believe that love is out there, it will come. And even if it doesn't come straight away there is still that chance all through your life that it will.
Doa dan usaha supaya segala kembali pulih seperti biasa. Jika setelah gagal beberapa kali, kita akan belajar untuk melepaskan ia pergi. Mungkin dengan sedikit komunikasi, sesuatu hubungan dapat dijernihkan lagi. Diskusi bersama juga merupakan satu jalan untuk mendapatkan solusi.
Chaiyok chaiyokkk !!!
Comments
Post a Comment
do post your comment so i can knew whats on your mind when you read my entry ! :*